Friday, February 6, 2009

Dayana Case - NEGLIGENCE DURING AND AFTER DELIVERY




WITHIN 3 YEARS TO SUE THE PUBLIC AUTHORITIES : NEGLIGENCE DURING AND AFTER DELIVERY


Ini Dayana binti Muhammad Yasser, dilahirkan di hospital Selayang pada 27 of Mei 2002. Sudah 7 tahun Dayana menjadi cerebral palsy. To be spesific she is "Spastic Distonic Quadreplegic" maksudnya kedua -dua belah tangan dan kaki Dayana tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Poor neck control ,tidak boleh menegakkan dan mengawal pergerakkan kepala dengan baik. Dayana tak boleh duduk atau berjalan(she cannot sit and walk) hanya bergolek atau menolak kaki dan tangan (her method of moving is either by pulling, pushing or rolling). Dayana tak boleh mengunyah (cannot chew, she can only suck and swallow) hanya memakan makanan lembut seperti nestum (rice and chicken ,product of nestle is the only nestum that she ate) . She can't talk either.




Saya Hasliza,ibu Dayana. Dayana adalah anak ketiga(my third child from 4 siblings). Anak pertama,kedua dan keempat saya adalah normal (my first,second and fourth child are normal). Semasa mengandungkan Dayana saya membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Batu Arang. Saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sama ada darah tinggi atau diabetes



Saya Muhammad Yasser Bin Abdul Aziz bapa kepada Dayana. Kes ini melibatkan Nilai Kemanusian dan tindakan susulan harus di ambil keatas pihak yang terlibat.


Untuk pengetahuan semua masyarakat malaysia , Saya ingin menasihati apabila berlaku sesuatu kes yang melibatkan kecuaian tempoh untuk bertindak hanya 3 tahun ke atas badan kerajaan yang termaktub dalam undang-undang kolonial Public Authorities Protection Act(PAPA) 1948.

I will like to adviced all people in Malaysia to understand the process of the PAPA 1948 that any negligence happend by goverment authorirty should be filed before 3 years.
Anak saya yang mengalami kecacatan otak dan perlu menjalani rawatan susulan dan lanjutan dan juga gantirugi bagi membiayai kos perubatan dan masa depan Dayana.

Masa depan kesihatan anak saya amat saya utamakan.


Perjuangan yang saya adalah berterusan agar semua pihak iaitu masyarakat, kedoktoran dan oku yang mengalami nasib yang serupa seperti Dayana mengetahui dan mengambir iktibar daripada Kecuain yang telah berlaku.

Sepanjang 7 tahun keadaan Dayana , saya telah banyak mempelajari tentang ilmu perubatan ,
Cerebral Palsy , akta keguaman dan cara untuk mengelakkan Kecuain yang telah berlaku oleh hospital selayang. Sekitanya khidmat nasihat saya di perlukan bagi membantu mana-mana pihak supaya perkara ini tidak menghantui ibubapa lain amat saya alukan.



24 January 2010


Saya telah berjumpa dengan Dr Khoo Pakar Neurologi Hospital Kuala Lumpur dan dalam pertemuan itu hospital selayang telah menghantar keratan MRI X ray yang mengatakan Dayana Kanak-Kanak Normal. Terkejut apabila mendegarnya kerana selama ini Dr Malini yang pernah bertugas di hospital selayang pada 2004 telah menunjukkan kepada saya bahawa anak saya mengalami kecacatan otak yang di sebabkan oleh kecuain daripada pihak hospital selayang.


Ini adalah satu lagi perkara yang patut di ambil perhatian oleh pihak hospital yang pada mata kaca orang ramai hospital ini telah di anugerahkan ISO9001. Pastikan setiap yang berlaku di ambil perhatian serius oleh pihak hospital.